TEORI MEMBACA
Banyak teori membaca
yang dikenal pasti dapat membantu pembaca membaca dengan berkesan.
Antara teori tersebut adalah seperti berikut :
1. TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT
- Mengandaikan membaca sebagai satu proses mengenal peringkat huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.
- Pembaca memerlukan kemahiran yang khusus bagi membolehkan mereka melakukan proses pemindahan maklumat daripada apa yang dibaca
- Aktiviti membaca yang dilakukan akan meningkatkan lagi kebolehan mereka dalam memindahkan maklumat daripada bahan bacaan.
- Contoh pelaksanaannya ialah guru memberi petikan teks kepada pelajar serta turut disediakan beberapa soalan yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran membaca pelajar.
2.TEORI MEMBACA SECARA AUTOMATIK
- Teori yang dianjurkan oleh La Berge dan Samuel (1974)
- Beranggapan bahawa wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik
- Menganggap wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca.
- Hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman dalam membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan
- Pelajar yang mempunyai lebih kemahiran dalam membaca, secara automatiknya akan berupaya mengawal teks yang dibaca serta mereka mudah faham .
- Ketika proses membaca berlaku, pembaca perlulah menekankan pengawalan eksekutif agar dapat membantu mereka faham dengan lebih baik.
3.TEORI KECEKAPAN VERBAL
- Teori ini diperkenalkan oleh Perfetti (1985) yang menekankan kemahiran membaca dari segi proses menafsirkan kod
- Setiap pembaca berbeza dari segi penguasaan kecekapan verbalnya
- Teori ini beranggapan bahawa kapasiti pemerhatian iaitu merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan terhad yang terdapat dalam diri pembaca.
- Teori ini membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman.Katagori pembaca yanb tidak cekap ialah mudah lupa dengan apa yang telah dibaca, serta kurang pengetahuan terhadap apa yang telah dibacanya
No comments:
Post a Comment