.comment-form{ margin-right: auto; margin-left: auto; }

MASALAH MEMBACA



Masalah dalam Pembacaan

A. Faktor fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca. Jika seseorang ini mengalami kecacatan yang berat akan menyebabkan ketidakupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah :

i)                   Penglihatan
a)     Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Hal ini akan     mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
b)     Rabun dekat – (myopia) tidak dapat melihat bagi jarak yang jauh.
c)      Rabun jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
d)    Astigmatism – penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua–dua hujung retina.
e)      Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
Simptom–simptom ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika peringkat awal sukar untuk dilakukan, kanak–kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.

ii)               Persepsi Penglihatan

a)     Perkataan kelihatan seolah–olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti musik menjadi msuki.
b)     Huruf atau perkataan menjadi terbalik. Contohnya huruf b menjadi d iaitu perkatan bas menjadi das.
c)      Jika terdapat jenis percetakan atau saiz huruf yang bertukar-tukar, pelajar  tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
d)     Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
e)      Pelajar juga tidak dapat membezakan suku kata.
Masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya supaya kanak–kanak yang mempunyai masalah ini dapat diberikan rawatan yang betul. Hal ini kerana kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihatan kerana kebanyakan punca tidak berkeupayaan membaca semula.

iii)             Pendengaran (auditori)
     Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Pelajar yang mengahadapi masalah pendengaran yang ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran bakal menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal a dengan konsonan. Misalnya, seorang kanak–kanak tidak dapat mrmbezakan antara vokal e, u dengan o, i dengan e. Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal. Kerencatan sementara boleh dirawat dengan mendapatkan rawatan doktor perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik. Bagi kerencatan kekal pula, mereka perlu mendapatkan rawatan pakar sama  ada rawatan jangka pendek, panjang atau memerlukan pembedahan. Guru pemulihan tidak dapat melakukan hal seperti ini kerana memerlukan doktor perubatan dan pakar telinga, hidung dan tekak.


iv)             Pertuturan
      Punca masalah pertuturan seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik dan lain–lain merupakan masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan berlaku kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Walaubagaimanapun, tidak semua punca masalah pertuturan boleh mengakibatkan ketidakbolehan membaca.

B. Faktor Neurologikal
Neurologi merupakan kajian yang berkaitan dengan sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, gangla (tisu urat) dan bahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkait dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau prakelahiran.

i)                 Kerosakan Otak
Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecedearaan, penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak kelahiran (pre–natal neuroological disorder). Hal ini akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Pada kebiasaannya pengesanan terhadap kecederaan otak ini tidak boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (FEC) tetapi tidak semua keputusan ujian FEC bertetapan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.

ii)               Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bai oran dewasa juga boleh diakibatkan oleh serangan jantung. Hyperlexia merupakan seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simptom ini juba boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.


iii)             Faktor Keturunan
Faktor ini juga mengiku kajian boleh mempengaruhi kemampuan belajar seseorang. Misalnya, kanak–kanak kembar, kembar seiras dan seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca. Walaubagaimanapun, pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak–kanak. Ahli keluarga perlu menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pembelajaran dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak–anak.


iv)             Faktor Emosi
Kebiasaannya, bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan menganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi. Kecewa, malas, gagal dan sebagainya. Namun, terdapat juga kanak–kanak yang mempunyai masalh emosi yang menganggu pencapaian mereka dalam pembelajaran dan membaca. Jika berlaku kes penderaan, kanak–kanak akan terbiar dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak–kanak yang tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.

v)                Faktor Ekonomi
Status sosioekonomi (SES) sering menjadi salah satu pembolehubah dalam beberapa kajian yang berkaitan dengan pencapaian pelajar untuk membaca.
kanak–kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak–kanak dari SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca. Perkara yang perlu diambil perhatian ialah pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa.  Jika tindakan awal diambil, ia dapat membantu kanak–kanak agar tidak terus tercicir dalam sistem pendidikan kita yan berasaskan umur dan akal. Guru literasi bahasa Melayu yang biasa tidak dapat membantu kerana mereka tidak dilatih untuk memperbetulkan banyak keadaan yang dibincangkan di atas. Hal ini kerana kes seperti ini hanya boleh dilakukan oleh pakar perubatan, pakar psikologi dan pakar kanak–kanak  sahaja. Teknik mengajar yang salah juga akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk dan tidak membantu situasi tersebut.

No comments:

Post a Comment