KAEDAH
MEMBACA
Sesuatu bahan dapat dibaca oleh pelajar dengan
pelbgai kaedah berdasarkan kemampuan mereka dan tahap penguasaan kemahiran
membaca mereka serta sejauh manakah kompleknya bahan bacaan yang dibaca. Tidak
ada suatu kaedah tertentu yang dapat menentukan keberkesanan dalam membantu
pelajar membaca. Malahan penentuan kaedah yang sesuai digunakan pelajar dalam
sesuatu pengajaran bergantung guru dan pelajar itu sendiri, berdasarkan bahan
yang dibaca, kemampuan pelajar membaca dan pengajaran aspek tertentu atau persekitaran
semasa. Guru harus mengambil perhatian terhadap beberapa kemungkinan yang akan
berlaku bagi setiap kaedah yang digunakan serta menyedari bila, mengapa dan
bagaimana mahu menggunakan kaedah yang dipilih. Lima kaedah yang akan
dibincangkan merupakan satu garis panduan semata-mata. Guru boleh menggunakan
salah satu atau merangkumi lebih daripada satu kaedah berdasarkan kesesuaian
objektif pengajaran yang ingin dicapai.
Membaca
Bebas
Ketika membaca bebas, pelajar membaca keseluruhan
bahan yang mereka pilih. Pelajar berpeluang membaca bahan yang mereka pilih
daripada sekumpulan bahan yang disediakan guru manakala aktiviti bacaan yang
dijalankan di dalam bilik darjah dikawal oleh guru manakala aktiviti bacaan
yang dijalankan di dalam bilik darjah dikawal oleh guru seberapa minimum yang
boleh. Oleh sebab membaca bebas memerlukan sokongan guru yang paling minimum,
kaedah ini digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik serta
tidak memerlukan bantuan daripada guru dan raan sebaya yang lain. Apa yang
perlu guru tegaskan dalam hal ini adalah arahan awal supaya pelajar membuat
persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum,ketika dan
sesudah membaca dengan sendiri.
Membaca
Secara Berkoperatif
Membaca secara berkoperatif menggunakan prinsip pembelajaran
berkoperatif (Slavin,1990). Pasangan pelajar sam ada berdua atau bertiga
mengambil giliran untuk membaca sebahagian daripada bahan secara lantang kepada
rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan apa
yang telah mereka baca. Pelajar akan membuat telahan terhadap apa yang berlaku
seterusnya dan menyambung pembacaan bahagianberikutnya secara senyap dan
berhenti lagi untuk perbincangan. Pola ini diteruskan sehingga buku atau
petikan selesai dibaca. Garis panduan di bawah boleh digunakan bagi menjalankan
aktiviti membaca secara koperatif :
1. Meninjau
dan menaakul
Biarkan pelajar meninjau
keseluruhan teks dan menyemak ilustrasi atau gambar jika ada. Arahkan mereka
membaca bahagian awal teks dan membuat taakulan terhadap apa yang akan berlaku
atau apa yang akan mereka pelajari daripada bahan yang dipilih.
2. Membaca
lantang atau senyap
a) Membaca
lantang
I)
Semak bahan secara senyap. Setiap pelajar
menyemak bahan secara senyap sebelum memulakan bacaan lantang
II)
Pilih seorang pelajar untuk membaca
lantang bahagian awal teks sementara pelajar lain mengikut bacaan teks tersebut
secara beramai-ramai
III)
Bincang, bertindak balas dan semak
telahan. Apabila pelajar berhenti membaca lantang, ceritakan semula atau
bincangkan apa yang telah dibaca. Mereka perlu menetapkan telahan atau mengubah
semula telahan tersebut.
IV)
Menelaah dan membaca. Pelajar membuat
telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka
pelajari pada bahagian yang lain. pola ini perlu berterusan sehingga
keseluruhan bahan selesai dibaca.
b) Membaca
senyap
I)
Setiap pelajar akan membaca bahan yang
sama dengan senyap dan telahan perlu dibuat ketika membaca senyap
II)
Bincang, bertindak balas dan semak
telahan. Apabila pelajar berhenti membaca, ceritakan semula atau ringkaskan
semula apa yang telah mereka baca. Mereka juga menyatakan hasrat mereka
terhadap apa yang telah mereka baca atau apa yang telah mereka ketahui. Mereka boleh
menyatakan sma ada mereka perlu mengekalkan atau mengubah semula keseluruhan
telahan yang telah mereka buat.
III)
Menelaah dan membaca. Pelajar perlu
membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku seterusnya dan
apa yang akan mereka pelajari kelak. Seterusnya, mereka meneruskan pembacaan
sehingga keseluruhan bahan selesai dibaca.
3. Meringkas
dan bertindak balas
Setelah selesai membaca keseluruhan
petikan, pelajar boleh meringkaskan apa yang mereka baca. Mereka juga bertindak
balas dengan membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang
mereka baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut.
Ketika menggunakan kaedah ini,
pelajar perlu mengambil giliran membaca sesuatu ayat, paragraf atau muka surat.
Sekiranya mereka belum bersedia untuk membaca bahan tersebut, teruskan giliran
pada rakanyang lain.
Membaca
dengan Bantuan Guru
Kaedah membaca ini memerlukan guru memberi panduan
atau mengarahkan pelajar melakukan pembacaan senyap sesuatu bahan dan bertanya
soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan ketika mereka membaca
bahagian bahan bacaan yang telah ditetapkan. Sekali-sekala guru akan membantu
pelajar membuat telahan terhadap bahagian yang telah dibaca. Pada akhir setiap
bahagian atau perenggan, pelajar berhenti dan berbincang dengan guru tentang
jawapan atau telahan serta membincangkan isi penting yang terdapat dalam
petikan. Pada setiap kali berhenti membaca , guru membenarkan dan menggalakan
pelajar bertindak balas terhadap bahan dan pendapat yang dikemukan oleh rakan
mereka.
Membaca dengan panduan guru digunakan apabila
pelajar memerlukan sokongan dalam membina makna daripada bahan, sama ada kerana
tahap kesukaran bahan ataupun kemampuan pelajar yang rendah. Kaedah ini
membolehkan guru menyesuaikan sokongan yang diberikan berdasarkan kemampuan
pelajar.
Oleh sebab mudah diubahsuai, kaedah ini menjadi alat
yang amat berguna bagi mendidik pelajar membaca. Guru dapat memberikan sokongan
atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan mengurangkan sokongan tersebut
sedikit demi sedikit bagi membenarkan pelajar mengusai kemahiran tersebut
secara bersendirian. Dalam proses ini, guru boleh mengawal peringkat sokongan
menerusi jenis soalan yang diberikan sebelum atau selepas membaca, jumlah bahan
yang pelajar perlu baca dan jenis perbincangan semasa membaca. Apabila lebih
sokongan diberikan, guru perlu memberi menentukan arah perbincangan, kemudian
apabila guru memberi tanggungjawab yang lebih besar kepada pelajar, mereka
dapat menjalankan atau menentukan arah perbincangan dengan rakan perbincangan
mereka.
Sepanjang sesi membaca dengan panduan guru, peranan
soalan perlu diambil perhatian utama. Jika guru sekadar bertanya apa yang
pelajar baca, tidak akan dapat membantu mereka membina makna daripada bahan
yang dibaca. Soalan-soalan yang dikemukan perlulah berdasarkan kriteria tertentu
iaitu soalan yang dikemukakan sebelum membaca perlu membantu pelajar mengenal
pasti idea utama dalam teks.
Berkongsi
Membaca
Holdaway(1979) telah membentuk satu prosedur yang
dikenal pasti sebagai “pengalaman berkongsi buku” bagi memperkenalkan
kanak-kanak yang baru belajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang
digemari ramai, nyanyian kanak-kanak dan puisi. Berdasarkan prosedur ini, guru
membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak kanak-kanak untuk bersama-sama
membaca apabila mereka berasa selesa berbuat demikian. Cerita akan dibaca
beberapa kali dan kanak-kanak akan diberi peluang bagi bertindak balas menerusi
penulisan, lukisan,drama, perbincangan dan pelbagai aktiviti yang menarik.
Berkongsi membaca memberi sokongan yang kuat kepada
pelajar untuk menguasai kemahiaran membaca. Kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar yang lebih mahir menjadi model kepada pelajar lain yang kurang mahir. Pelajar
yang kurang mahir ini akan mencuba mengikut pelajar yang mahir membaca secara
sukarela dan akhirnya dapat menguasai kemahiran tersebut sehinggalah mencapai
tahap membaca bebas dan tidak memerlukan sokongan tersebut. Walaupun berkongsi
membaca mungkin lebih sesuai bagi pelajar pada peringkat rendah, tetapi kaedah
ini juga berguna bagi pelajar yang masih mempunyai masalah kurang mahir
membaca.
Membaca
Lantang
Kadangkala cara yang paling sesuai bagi membantu
kanak-kanak memahami sesuatu bahan tertentu adalah dengan membaca secara
lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bacaan secara bersama.
Cara membaca begini akan membantu membantu menggerakkan pengalaman latar
pelajar dan membina istilah latar serta konsep yang terdapat dalam bahan. Cara ini
juga menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar.
Guru sebenarnya bertindak sebagai model yang dapat
diikuti oleh pelajar pada peringkat awal bacaan. Menerusi kaedah ini, guru
berpeluang memberi sokongan yang kukuh kepada pelajar. Cara membaca begini
digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau
perkataan yang sukar bagi pelajar untuk medekod atau sukar untuk diikuti. Setelah
guru membaca sesuatu bahan dengan lantang, pelajar perlu membaca di bawah
seliaan guru secara koperatif atau secara bebas.
No comments:
Post a Comment