.comment-form{ margin-right: auto; margin-left: auto; }
DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA

Kamus Dewan edisi ke empat menerangkan konsep membaca sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti serta faham akan makna kandungan tersebut. Menurut Robert Lada (1964)  membaca merupakan ungkapan pola- pola bahasa daripada bentuk tulisan manakala Steinberg (1994) pula mendedahkan, membaca ialah suatu bentuk komunikasi dan bertujuan untuk memberikan maklumat melalui media bertulis. Pengertian membaca menurut Marahaini (1989) pula, merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.







No comments:

Post a Comment