.comment-form{ margin-right: auto; margin-left: auto; }
Belajar Membaca

A. Pandang Sebut

  •  Pandang sebut digunakan oleh guru daam mengajar murid untuk membaca. 
  • Ia dinamakan pandang sebut kerana cara murid membaca adalah dengan memandang dan menyebut sesuatu bahan tersebut. 
  • Menurut Azman Wan Chik (1993:184), pandang sebut dijadikan asas untuk mengajar murid-murid dalam membaca kerana kaedah ini memperkenalkan perkataan kepada murid dan bukannya huruf atau suku kata. 
B. Kaedah Abjad 
  • Hal ini yang juga dikenali sebagai kaedah huruf. 
  • Kaedah ini merupakan kaedah tertua yang dijalankan semenjak kerajaan Greek dan Rom dimana kaedah ini memperkenalkan nama-nama huruf dan bunyi huruf tersebut (Kamaruddin Hji Hussian) Kaedah abjad sebenarnya tertumpu kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Penghafalan abjad ini bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dan pengejaan murid pada peringkat yang seterusnya. 
C. Fonik
  •  Fonik dapat digunakan oleh guru dalam kelas semasa mengajar. 
  • Fonik juga menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dan bunyi yang diwakili oleh setiap huruf tersebut. 
  • Cara ini juga dapat membuatkan murid tidak diajar nama-nama huruf tetapi diajarkan bunyi-bunyi huruf dan lambing terus dikaitkan dengan bunti huruf tersebut.

No comments:

Post a Comment